Latest

Image

SELAMAT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2017

hari-wilayah-2017-01-01

Image

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2017

chinese-new-year-2017-01

LIPUTAN GAMBAR HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SEKOLAH AHLI PKG PUDU 2017

Selamat kembali ke sekolah kepada guru-guru & pelajar-pelajar Sekolah Ahli PKG Pudu. Moga lebih bersemangat di Tahun Baru 2017.

SELAMAT TAHUN BARU 2017

Selamat Tahun Baru 2017 semoga dengan kehadiran tahun baru ini memberi semangat yang baru untuk kita semua melangkah lebih jauh dalam menghadapi dunia pendidikan yang makin maju menuju Abad ke 21.

Kami seluruh warga PKG Pudu mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua sekolah Ahli PKG Pudu.

slide1

SALAM MAULIDUL RASUL 1438 H

Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia kerana pada tarikh ini lahirlah junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini.

Sambutan Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar Nabi Muhammad SAW,sebagai tanda kecintaan kita kepada Rasulullah.

Sama sama kita memperbanyakkan selawat ke atas baginda Rasulullah S.A.W dengan penuh yakin serta menginsafi diri

“Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah”
salammaulidulrasul16

TAKLIMAT JKPA SEKOLAH AHLI PKG PUDU

Jumaat, 04 November 2016 jam 9.00 pagi –  Pusat Kegiatan Guru Pudu telah mengadakan satu Taklimat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti (JKPA) Bil.2/2016. Agenda taklimat berkaitan Laporan Pencapaian SSQS, TMK Penggunaan 1Bestarinet, Frog VLE & E-Tutor & E-Paper.

Untuk tahun 2017 disarankan Pembelajaran Abad ke 21 kepada semua Ahli PKG Pudu. Pengetua & Guru Besar di dedahkan dengan penggunaan  khoot.it menggunakan Smart Phone.

SALAM AIDIL ADHA 2016

Rasulullah bersabda yang bermaksud: 

“Tiada sesuatu amalan yang dikerjakan oleh anak Adam pada Hari Raya Haji yang lebih disukai oleh Allah dari menumpahkan darah” ( Ibadah Korban )

Salam Aidil Adha dari Kami Warga PKG Pudu

salamaidil-adha